About Me

Gerik, Perak Darul Ridzuan
Alamat : Sk. Tan Sri Ghazali Jawi, Kampung Air Panas, 33320 Gerik, Perak ~~~~~~~~~~~~~~~ Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris ~~~~~~~~~~~~~~~ No Matrik : D20102046210 ~~~~~~~~~~~~~~~ Program : AT34-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian ~~~~~~~~~~~~~~~ Subjek : KRT3013 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah) ~~~~~~~~~~~~~~~ Pensyarah : Pn Nur Saadah Binti Fathil ~~~~~~~~~~~~~~~ Kumpulan : EL-A39 ~~~~~~~~~~~~~~~ Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (Tahun Dua) ~~~~~~~~~~~~~~~ Topik : Haiwan

AquaRiuM

Tuesday, 6 December 2011

1) Serba Sedikit Tentang Saya


Nama : Haslina Binti Md. Nor

Alamat : Sk. Tan Sri Ghazali Jawi, Kampung Air Panas, 33320 Gerik, Perak 

Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris

No Matrik : D20102046210

Program : AT34-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

Subjek : KRT3013 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah)

Pensyarah : Pn Nur Saadah Binti Fathil

Kumpulan : EL-A39

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (Tahun Dua)

Topik : Haiwan

2) Alam Fauna

Indahnya alam ciptaan tuhan bukan sahaja terdiri daripada manusia, makhluk halus, lautan dan daratan malah flora dan fauna juga antara ciptaan terindah yang menghiasi alam ini. Flora dan fauna masing masing merupakan hidupan yang bernyawa seperti manusia. Mereka juga perlu makan, berlindung, dan membiak untuk meneruskan kemandirian spesis. Dalam istilah lain, fauna lebih dikenali sebagai haiwan atau binatang.

Majoriti haiwan adalah hidupan yang tercipta dengan gabungan pelbagai jenis sel yang membentu tisu , seterusnya organ dan sistem sehingga terciptanya organisma yang sempurna.. Seperti manusia, haiwan merupakan organisma eukaryotik. Menurut fakta biologi, haiwan merupakan hidupan daripada alam animalia atau juga dikenali sebagai metazoa. Para aintis telah mengelaskan haiwan kepada dua kumpulan besar iaitu haiwan bertulang belakang yang dikenali sebagai vertebrata dan jugai haiwan tanpa tulang belakang iaitu invertebrata.

Untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid sekolah rendah khususnya murid tahun dua, pelajar hanya diajar mengenal alam fauna dengan mengenali ciri, bunyi, habitat, pergerakan, pemakanan dan jenis mereka samaada haiwan peliharaan, binatang bua atau haiwan yang boleh dimakan.

dua habitat terbesar kumpulan haiwan ialah daratan dan di dalam air. Namun wujud juga haiwan yang mampu hidup di dalam kedua dua habitat ini yang juga dikenali sebagai haiwan dua alam seperti katak. Menurut sains, kebanyakkan haiwan darat bernafas melalui paru paru sama seperti manusia sedangkan hidupan air pula menggunakan pelbagai cara untuk bernafas termasuklah menggunakan kulit dan insang. Haiwan dua alam pula, boleh menggunakan kedua dua paru paru dan kulit untuk bernafas di mana paru paru digunakan ketika di darat manakala kulit pula digunakan ketika dalam air.

Hidupan fauna turut memiliki corak pemakanan yang berlainan dan berbeza antara mereka. Haiwan yang menjadikan rumput rumpai dan tumbuhan sebagai menu harian dan utama dikenali sebagai haiwan herbivor iaitu haiwan yang bukan pemakan daging, sedangkan haiwan penggemar dagingpula digelar haiwan karnivor kerana mereka menjadikan haiwan lain dan kadang kadang termasuk manusia sebagai santapan mereka. Namun begitu terdapat juga binatang yang makan kedua dua tumbuhan dan daging untuk hidup di mana corak pemakananya sama seperti manusia yang makan sayur dan daging dan mereka ini bergelar haiwan omnivor.

Setakat ini sahaja pengenalan alam fauna dari saya. sub topik yang diajar kepada pelajar seperti ciri, bunyi, pergerakan nama, pemakanan dan jenis akan dihuraikan secara mendalam dalam tajuk tajuk berikutnya.


Mendongak ke langit melepasi dahan,
Taburan sang bintang penyeri malam,
Indah nian ciptaan tuhan, 
Hidupan fauna menghias alam

3) Mari Mengenal Haiwan



Angsa :
  • habitat di darat tetapi selalu di permukaan air
  • makan ikan, daun batang dan akar tumbuhan
  • kumpulan burung
  • berleher panjang
  • bertelur
  • memiliki bulu pelepah berwarna putih

 Panda :
  • haiwan darat
  • makan buluh
  • keluarga beruang
  • berbulu tebal
  • tahan sejuk
  • gigi kuat untuk pepak buluh
  • tompok hitam di kawasan mata, telinga, tangan dan kaki dan yang lain putih

Beruang Kutub :
  •  bulu putih tebal
  • pemakan daging / karnivor
  • haiwan liar
  • kelompok beruang
  • beruang paling besar
  • habitatnya di darat iaitu kutub yang diliputi ais
  • mampu berenang dalam air sejuk



Zirafah :
  •  habitat di darat
  • herbivor / makan pucuk dan daun
  • leher sangat panjang
  • berbadan tompok
  • kangkangkan kaki untuk minum air
  • wajah mirip unta tetapi tompok seperti harimau bintang


Tapir : 
  • Habitat di darat
  • berkomunikasi dengan bunyi decitan dan siulan
  • pemakan serangga
  • mempunyai gigi tajam
  • hidung dan mulut muncung
  • ekor pendek
  • bertompok hitam putih seperti panda tetapi saiz kecil
  • seluruh badan berwarna hitam manakala dari bawah bahu ke punggung berwarna putih













4) Cuba Teka..


Ada sejenis haiwan perkasa,
 Badanya besar bagai gergasi,
Kepada manusia banyak berjasa,
Menarik balak gagah sekali..


Badanya panjang bukan tali,
di dalam tanah tempat tinggalnya,
Kulitnya licin tiada berkaki,
Cuba teka apa jawabnya..


Negara Afrika tempat asalnya,
Berbadan belang hitam dan putih,
Rumput nan hijau kegemaranya,
Kuat berlari tak kenal letih..


Habitatku di laut, di akuarium pun ada,
Badanku bersisik beraneka warna,
Jauhkan diriku dari kucing durjana,
Kerana aku makanan idamanya..


Dipelihara, disayang penuh belaian,
Ikan dan viskes sajian harian,
Dipasar bersepah kaumku berkeliaran,
Mengiaw-ngiaw meminta perhatian..


Bekerja sebagai pengawal rumah,
Menyalak nyalak memberi isyarat,
Dipelihara sebagai teman serumah,
Siapakah dia yang sangat hebat?


Dahulu aku memajak tanah,
Membantu manusia usahakan sawah,
dikorbanya aku sebagai ibadah,
Tandukku dijual, dagingku dimamah..


Badanku bercengkerang kuat dan mantap,
Sang arnab tewas berlumba denganku,
Gerakku perlahan dihina lembap,
Cubalah teka siapakah aku?


Di darat hidup, dalam air tak mati,
Melompat lompat ke sana kemari,
Pabila hujan aku berbunyi,
Serangga kecil aku ratahi..


Kecil tubuhku, pintar akalku,
Kata manusia aku penipu,
Sang buaya dan monyet dibodohi aku,
Jika bijak siapakah aku?

5) Haiwan Darat

Satu per empat permukaan bumi meliputi kawasan daratan. Daratan yang luas ini merupakan habitat utama manusia dan pelbagai jenis haiwan. Haiwan yang hanya tinggal di darat iaitu yang bukan hidupan dua alam, akan mati kelemasan jika tenggelam di dalam air. Di daratan inilah mereka bergerak, mencari makan, membiak dan bersembunyi. Di darat, haiwan tinggal di dalam pelbagai habitat termasuklah hutan, di tebing sungai, atas pokok, dalam semak dan sebagainya.

Haiwan seperti burung, monyet dan orang utan tinggal di atas dahan pokok di dalam hutan. Mereka membina sarang yang kukuh sebagai tempat perlindungan. Anjing dan kucing pula kebanyakanya berkongsi tempat tinggal dengan manusia iaitu di dalam rumah, namun haiwan haiwan ini ditempatkan di dalam sangkar manakala kuda, lembu dan kambing pula dipelihara di dalam kandang untuk diternak. Di alam hutan dapat dilihat pelbagai jenis haiwan kerana hutanlah habitat utama haiwan darat. Di dalam hutan tempat tinggalnya pelanduk, kijang, rusa, kancil dan harimau. Di lantai hutan yang penuh semak menjadi tumpuam sang ular manakala unta, zirafah, gnu dan singa pula menjadikan tanah luas sebagai habitat mereka.


Kuda : Haiwan darat ( kandang /padang)

Burung : haiwan darat (dahan pokok)

Anjing : Haiwan darat ( sangkar / Hutan)

Monyet : haiwan darat ( hutan)

Rusa : Haiwan darat ( hutan)


6) Hidupan Akuatik

Hidupan akuatik juga dikenali sebagai hidupan air iaitu haiwan yang tinggal di dalam air. Mereka akan mati kelemasan tanpa air dan ini bertentangan dengan hidupan darat yang mati kelemasan jika tenggelam di dalam air. Di atas permukaan bumi ini, kawasan perairan lebih luas daripada kawasan daratan dimana 3/4 permukaan bumi dilitupi lautan.


Haiwan haiwan yang habitatnya di dalam air ini menggunakan insang, kulit dan liang liang pernafasan untuk bernafas. Mereka juga makan dan membiak di dalam air. Hidupan air yang dikenali ramai yang tidak asing lagi buat kita ialah ikan. Ikan ikan kecil hidup dengan memakan rumpai laut dan rumpair manakala ikan besar pula meneruskan hidup dengan memakan ikan ikan kecil. Semua ikan bertelur di dalam air kecuali ikan lumba lumba dan ikan paus yang membiak dengan kaedah melahirkan anak.

Selain itu, sotong, udang, kerang yang merupakan makanan laut kegemaran semua juga berhabitat di dalam air iaitu di lautan luas dan indah. Di dasar laut terdapat pelbagai jenis hidupan termasuk yang liar, berbahaya dan tidak berbahaya. Antaranya termauklah kuda laut, kepah dan tiram. Haiwan seperti penguin, gajah laut, singa laut dan penyu pula menghabiskan hampir keseluruhan usia mereka di laut namun kadang kadang mereka turut kelihatan di darat berhampiran laut. ini kerana mereka naik sebentar ke darat untuk mengawan dan membiak. Hidupan seperti ini juga dikenali sebagai hidupan dua alam.


Sotong
kuda laut
Kerang

Udang

Tuesday, 22 November 2011

7) Haiwan Peliharaan

Terdapat berbagai bagai jenis haiwan peliharaan di dunia ini. Haiwan peliharaan bererti haiwan yang dijaga penuh kasih sayang, di belai, diberi makan dan dijaga oleh seseorang.Dalam banyak banyak haiwan peliharaan, haiwan yang popular dan menjadi rebutan ramai sebagai haiwan peliharaan ialah kucing dan anjing. Selain itu, ikan, burung, hamster dan arnab juga mendapat tempat di hati manusia. Berikut merupakan penerangan serba ringkas mengenai empat jenis haiwan peliharaan.


Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. ianya tergolong dalam spesis mamalia iaitu haiwan berdarah panas yang membiak dengan melahirkan anak. Haiwan ini asalnya dipelihara sebagai pemangsa untuk menangkap tikus. Namun kini ia telah didomestikkan dan dijadikan teman dan juga bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan melibatkan kucing telah dianjurkan di serata dunia. Dua spesis kucing yang menjadi kegilaan ramai ialah kucing parsi dan kucing siam.


Seterusnya kita beralih pula kepada spesis ikan. Dua habitat utama ikan ialah dalam air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular sebagai haiwan peliharaan ialah ikan kelisa dan ikan lohan manakal ikan air masin yang terkenal ialah dragon fish dan angle fish. Ikan mendapat tempat di hati manusia sebagai haiwan peliharaan adalah kerana rupa bentuk yang lain dari yang lain, saiznya yang kecil molek dan warnanya yang terang dan menarik.


Arnab juga antara haiwan peliharaan kesukaan manusia. Ia merupakan sejenis haiwan darat dengan bulu lembut, saiz yang kecil dan rupa yang comel. Arnab memiliki mata yang bersinar dan cantik. Haiwan ini boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk, putih, hitam, perang, kelabu dan bertompok. Hidupan yang comel ini turut memiliki telinga yang panjang, kaki yang pendek dan ekor yang kecil dan bulat. Mereka bergerak dengan melompat dan juga sejenis hidupan herbivor. Haiwan peliharaan ini juga antara daging yang boleh dimakan manusia.



 Kini kita beralih pula kepada haiwan yang comel dan lebih kecil daripada tikus. Haiwan yang gebu dan berbulu halus ini dikenali sebagai hemster dan hidup di darat. Mereka adalah herbivor dan sangat jinak. Walaupun kecil, namun haiwan comel ini boleh makan dengan banyak pada satu masa di mana pipi mereka mampu menampung makanan yang banyak. Hamster memiliki pipi yang boleh mengembang untuk memyimpan dan menyorok makanan.

8) Binatang Liar

Haiwan liar adalah haiwan yang berbahaya dan mampu memberi ancaman kepada manusia. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis yang majoritinya daripada kumpulan haiwan karnivor an omnivor. binatang buas, berbahaya dan berbisa seperti ular, beruang, harimau dan ikan pirana termasuk dalam kategori binatang liar. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai beberapa jenis haiwan liar :


Reptilia karnivor ini merupakan hidupan dua alam yang memiliki gigi yang sangat tajam dan kuat serta ekor yang besar, panjang dan kuat untuk melibas mangsa dan membantu dalam berenang. Haiwan liar ini menggigit mangsa dan berputar putar sambil menggigit daging untuk mengoyakkan daging mangsa dan dijadikan santapan untuk mengisi perut. Mereka juga mempunyai kulit yang keras dan kuku yang tajam. Walaupun selalu didapati di sungai namun haiwan ini berhabitat di darat dan bernafas melalui paru paru dan kerana itu mereka sering terapung di permukaan air. Meskipun habitatnya di darat namun ianya sentiasa di kawasan tebing sungai. Penglihatan buaya sangat tajam meski pada waktu malam. buaya juga mampu merangkak dan berenang dengan pantas walaupun beradan besar.


Seterusnya kita beralih pula kepada haiwan berbisa yang panjang dan bersisik licin ini pula. Haiwan ini mempunyai pundi bisa di dalam mulutnya. Mereka diciptakan dengan lidah bercabang dan kemampuan untuk membelit. Ular sawa mampu menelan lembu dewasa hanya dengan membelit mangsa tersebut dengan kuat sehingga patah tulang belulang mangsa sebelum menelan mereka terus ke dalam perut. Walaupun tidak berkaki, hidupan ini mampu bergerak dengan sangat pantas menggunakan kaedah menyusur. Reptilia ini meneruskan kemandirian spesis dengan bertelur banyak pada satu masa. Ular juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz. Ini kerana, ular daun berwarna hijau, ular kapak pula berwarna hitam manakala ular sawa bercorak batik. Ular anakonda mempunyai saiz yang sangat besar dan menggerunkan manakala ular lidi saiznya kecil dan halus.


 Selain buaya dan ular, harimau juga merupakan binatang liar dan buas yang sangat ditakuti manusia. Lebih sinonim dengan panggilan pak belang, harimau turut membaham manusia untuk dijadikan santapan enak. Haiwan liar ini merupakan sejenis karnivor yang memiliki belang hitam pada tubuhnya dengan taring dan kuku yang sangat tajam. Pak belang merupakan haiwan yang sangat mirip dengan kucing. Meskipun bulu dan ekor mereka seiras, namun pak belang ini memiliki saiz yang jauh lebih besar daripada sang kucing. elain itu haiwan ini mengaum dan tidak mengiaw. Kucing besar ini pantas berlari mengejar mangsa dengan penglihatanya yang tajam. Habitat harimau adalah di darat iaitu di dalam hutan dan ia turut menggunakan paru paru untuk sistem pernafasanya.

Raja rimba yang sangat terkenal ini juga merupakan salah satu binatang liar yang memberi ancaman kepada manusia. Ianya merupakan sejenis karnivor yang sangat aktif dan agresif. Si jantan dengan mudah dikenali melalui jambangnya dan spesis ini turut memiliki kuku dan gigi yang sangat tajam selain penglihatan monoskopik yang terang jelas dan tajam. Mamalia ini juga mengaum seperti harimau dan memiliki ekor yang panjang namun saiznya besar sedikit daripada pak belang.

  Akhir sekali kita teruskan pula dengan sang badak. Sejenis haiwan yang sangat gemar berkubang dan hanya makan rumput dan tumbuhan. Namun begitu, ia sangat berbahaya dan turut digeruni sang buaya. Persoalanya, mengapa haiwan herbivor ini dianggap liar? ini kerana, haiwan ini memiliki kulit yang sangat tebal, gigi yang tajam dang kebolehan nganga dengan luas. Spesis ini turut memiliki kaki dan telinga yang pendek berserta ekor yang kementot. Meskipun gemar berkubang namun ia tetap bernafas denga paru paru dan berhabitat di kawasan darat. Tubuh yang sangat besar menyebabkan haiwan ini tidak mampu berlari pantas namun yang sangat digeruni ialah meskipun bukan pemakan daging, namun haiwan ini akan menyerang dan mencederakan mangsa pabila dirinya seperti diancam. Serangan dilakukan dengan gigitan yang sangat kuat yang mampu mengundang maut.

9) Binatang Yang Boleh Dimakan

Bagi meneruskan kehidupan, manusia memerlukan makanan untuk mengisi perut dan member tenaga. Flora dan fauna ciptaan ilahi merupakan sumber makanan utama manusia. Haiwan seperti lembu, kambing, biri biri, kerbau, unta dan kibash boleh digunakan untuk ibadah korban oleh umat islam pada bulan Zulhijjah sebagai memenuhi tuntutan agama. Selain itu, ayam, itik dan burung pula merupakan menu harian kegemaran semua. Selain daging dan isi, tulang dan organ dalaman juga dimakan manusia sama seperti telurnya yang belum menetas. Disamping hidupan darat, hidupan laut seperti udang, sotong dan kerang juga boleh dimakan dan antara lauk pauk yang digemari semua.Hidupan laut merupakan sumber iodin yang sangat penting dan bagus untuk menambah darah manusia. Ikan pula merupakan sumber protin utama manusia dan mudah didapati di laut dan sungai.


Lembu

Kambing


Ayam

Unta

10) Mari Menyanyi Adik Adik..

1) GERAK HAIWAN.....

Katak melompat tepi perigi,
Ikan berenang di dalam kolam,
Si rama rama terbangnya tinggi,
Lipas merayap diwaktu malam.

Kucing berjalan mencari makan,
Burung terbang berkawan kawan,
Ular menyusur di dalam hutan,
Siput mengengsot perlahan lahan.

Pelbagai haiwan ciptaan tuhan,
Usah sakiti, aniaya pun jangan,
Sayangi haiwan kita amalkan,
Hidup bersama, gembira dan aman.

(Melodi : Can Mali Can)


2) LOMPAT SI KATAK LOMPAT

Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi tinggi,
katak berkaki empat,
Bertelur dalam perigi.

Telur dilindung buih,
Menetas jadi berudu,
Berenang di dalam air,
Ke hilir mencari ibu.

Berudu berudu makin membesar,
Tumbuh kaki belakang,
Kaki depan keluar,
Ekor panjang hilang.

Berudu dah cukup sifat,
Jejari mula melekat,
Anak katak menjadi kuat,
Ke darat terus melompat.


3) BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul..
Ikan oh ikan, kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat..

Rumput oh rumpu, kenapa panjang sangat?
Macam mana kau tak panjang, kerbau tak makan aku..
Kerbau oh kerbau , kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit..

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah..
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah..

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku..
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku..

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku..
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku...




4) GAJAH MENARI




5) SANG RIMBA DAN KUCING


11) Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Maju

Bilangan Murid : 30 Orang

Tajuk : Haiwan

Tarikh : 31 Oktober 2011

Masa : 60 minit

Objektif  : Pada akhir pelajaran, murid dapat :  
         (1) Menyatakan ciri ciri binatang secara lisan
         (2) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
         (3) Menulis ayat tunggal berdasarkan teks

Fokus Utama : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan 
                       intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
                       Aras 1 : membaca teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Sampingan : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
                             Aras 2 : Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Kosa kata seperti berlari dan melompat

Ilmu Pengetahuan : Sains dan Pendidikan Islam

Nilai : Menghargai, kerjasama, besyukur, bertanggungjawab dan kasih sayang

Kemahiran Berfikir : mencirikan, meramal, membuat inferens, mengkategori, menjana idea dan menerangkan sebab

Kemahiran Belajar : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat

Kecerdasan Pelbagai : Kontekstual, interpersonal, verbal;linguistik, spatial dan emosi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat binatang dan membina ayat tunggal

Bahan Bantu Belajar  :  Komputer, internet, audio bunyi binatang, teks 'ikan emas iskandar' dan teka teki

12) Rancangan Harian

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan

Bercerita mengenai binatang :
  • apakah bunyi yang kamu dengar?
  • apakah ciri ciri haiwan tersebut?
Set induksi ( 5 min)
  1. murid didengarkan bunyi bunyi binatang
  2. murid bercerita dan melakonkan bunyi binatang yang didengari dan ciri fizikalnya
  3. guru menjelaskan tujuan aktiviti dalam langkah seterusnya dan tajuk pelajaran

KB : menghubungkait, mencirikan

BCB : mendengar aktif

BBB : audio bunyi binatang
Membaca teks dan teka teki yang disediakan
Langkah 1 (15 min)
  1. guru meminta murid mengelik pautan yang telah disediakan
  2. murid diminta membaca kuat teks dan teka teki
  3. guru merumuskan pencapaian setiap murid

KB : mencirikan

BCB : mendengar aktif, memproses maklumat

KP : verbal linguistik, spatial, interpersonal, emosi

Nilai : keberanian, kerjasama, kasih sayang

BBB : Komputer dan internet


Murid mengenali nama, bunyi dan ciri ciri binatang berdasarkan petikan, gambar dan audio

Langkah 2 ( 20 min)
  1. murid diarah membentuk kumpulan
  2. guru meminta murid mengelik pautan yang disediakan
  3. murid diminta meneliti petikan mengikut kumpulan masing masing
  4. murid diminta mendapatkan lima ciri ciri binatang, makanan dan habitat berdasarkan petikan
  5. murid diminta membentangkan hasil perbincangan mereka
  6. guru dan murid merumuskan ciri haiwan tersebut


KB : meramal, membuat inferens

BCB : mendengar aktif, melaporkan maklumat

KP : verbal-linguistik, kinestetik, visual, spatial, naturalistik, interpersonal, emosi

Nilai : kebebasan, kerjasama, kesyukuran, kasih sayang

BBB : komputer dan sambungn internet


Murid mengakses maklumat tambahan mengenai binatang :
  • ciri ciri binatang
  • nama dan bunyi binatang
  • cara hidup binatang
  • makanan binatang
Langkah 3 (15 min)
  1. murid diminta memilih satu daripada empat jenis gambar yang ditunjukan
  2. guru meminta murid mengakses maklumat tambahan mengenai binatang yang telah dipilih
  3. dengan menggunakan enjin carian yahoo dan google
  4. murid diminta membina dan mengenalpasti ayat tunggal yang terdapat di dalam maklumat tersebut
  5. guru mengajar murid menggunakan microsoft power point dan meminta murid membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas menggunakan power point
  6. guru merumus pencapaian setiap kumpulan
KB : menjana idea, menerangkan sebab

BCB : mengumpul dan memproses maklumat

KP : interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik

Nilai : kasih sayang, menghormati, bersyukur

BBB : komputerr dan sambungan internet
Penutup Kognitif
  • membuat rumusan isi pelajaran 
  • Penutup sosial memberi pujian dan motivasi
Penutup ( 5 min)
  1.  Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari 
  2.  Guru memberi dorongan kepada murid supaya benetrusaha membaiki pembacaan dan selalu mencari maklumat tambahan di internet