Indahnya alam ciptaan tuhan bukan sahaja terdiri daripada manusia, makhluk halus, lautan dan daratan malah flora dan fauna juga antara ciptaan terindah yang menghiasi alam ini. Flora dan fauna masing masing merupakan hidupan yang bernyawa seperti manusia. Mereka juga perlu makan, berlindung, dan membiak untuk meneruskan kemandirian spesis. Dalam istilah lain, fauna lebih dikenali sebagai haiwan atau binatang.
Majoriti haiwan adalah hidupan yang tercipta dengan gabungan pelbagai jenis sel yang membentu tisu , seterusnya organ dan sistem sehingga terciptanya organisma yang sempurna.. Seperti manusia, haiwan merupakan organisma eukaryotik. Menurut fakta biologi, haiwan merupakan hidupan daripada alam animalia atau juga dikenali sebagai metazoa. Para aintis telah mengelaskan haiwan kepada dua kumpulan besar iaitu haiwan bertulang belakang yang dikenali sebagai vertebrata dan jugai haiwan tanpa tulang belakang iaitu invertebrata.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid sekolah rendah khususnya murid tahun dua, pelajar hanya diajar mengenal alam fauna dengan mengenali ciri, bunyi, habitat, pergerakan, pemakanan dan jenis mereka samaada haiwan peliharaan, binatang bua atau haiwan yang boleh dimakan.
dua habitat terbesar kumpulan haiwan ialah daratan dan di dalam air. Namun wujud juga haiwan yang mampu hidup di dalam kedua dua habitat ini yang juga dikenali sebagai haiwan dua alam seperti katak. Menurut sains, kebanyakkan haiwan darat bernafas melalui paru paru sama seperti manusia sedangkan hidupan air pula menggunakan pelbagai cara untuk bernafas termasuklah menggunakan kulit dan insang. Haiwan dua alam pula, boleh menggunakan kedua dua paru paru dan kulit untuk bernafas di mana paru paru digunakan ketika di darat manakala kulit pula digunakan ketika dalam air.
Hidupan fauna turut memiliki corak pemakanan yang berlainan dan berbeza antara mereka. Haiwan yang menjadikan rumput rumpai dan tumbuhan sebagai menu harian dan utama dikenali sebagai haiwan herbivor iaitu haiwan yang bukan pemakan daging, sedangkan haiwan penggemar dagingpula digelar haiwan karnivor kerana mereka menjadikan haiwan lain dan kadang kadang termasuk manusia sebagai santapan mereka. Namun begitu terdapat juga binatang yang makan kedua dua tumbuhan dan daging untuk hidup di mana corak pemakananya sama seperti manusia yang makan sayur dan daging dan mereka ini bergelar haiwan omnivor.
Setakat ini sahaja pengenalan alam fauna dari saya. sub topik yang diajar kepada pelajar seperti ciri, bunyi, pergerakan nama, pemakanan dan jenis akan dihuraikan secara mendalam dalam tajuk tajuk berikutnya.
Mendongak ke langit melepasi dahan,
Taburan sang bintang penyeri malam,
Indah nian ciptaan tuhan,
Hidupan fauna menghias alam
No comments:
Post a Comment