Ada sejenis haiwan perkasa,
Badanya besar bagai gergasi,
Kepada manusia banyak berjasa,
Menarik balak gagah sekali..
Badanya panjang bukan tali,
di dalam tanah tempat tinggalnya,
Kulitnya licin tiada berkaki,
Cuba teka apa jawabnya..
Negara Afrika tempat asalnya,
Berbadan belang hitam dan putih,
Rumput nan hijau kegemaranya,
Kuat berlari tak kenal letih..
Habitatku di laut, di akuarium pun ada,
Badanku bersisik beraneka warna,
Jauhkan diriku dari kucing durjana,
Kerana aku makanan idamanya..
Dipelihara, disayang penuh belaian,
Ikan dan viskes sajian harian,
Dipasar bersepah kaumku berkeliaran,
Mengiaw-ngiaw meminta perhatian..
Bekerja sebagai pengawal rumah,
Menyalak nyalak memberi isyarat,
Dipelihara sebagai teman serumah,
Siapakah dia yang sangat hebat?
Dahulu aku memajak tanah,
Membantu manusia usahakan sawah,
dikorbanya aku sebagai ibadah,
Tandukku dijual, dagingku dimamah..
Badanku bercengkerang kuat dan mantap,
Sang arnab tewas berlumba denganku,
Gerakku perlahan dihina lembap,
Cubalah teka siapakah aku?
Di darat hidup, dalam air tak mati,
Melompat lompat ke sana kemari,
Pabila hujan aku berbunyi,
Serangga kecil aku ratahi..
Kecil tubuhku, pintar akalku,
Kata manusia aku penipu,
Sang buaya dan monyet dibodohi aku,
Jika bijak siapakah aku?