About Me

Gerik, Perak Darul Ridzuan
Alamat : Sk. Tan Sri Ghazali Jawi, Kampung Air Panas, 33320 Gerik, Perak ~~~~~~~~~~~~~~~ Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris ~~~~~~~~~~~~~~~ No Matrik : D20102046210 ~~~~~~~~~~~~~~~ Program : AT34-Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian ~~~~~~~~~~~~~~~ Subjek : KRT3013 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah) ~~~~~~~~~~~~~~~ Pensyarah : Pn Nur Saadah Binti Fathil ~~~~~~~~~~~~~~~ Kumpulan : EL-A39 ~~~~~~~~~~~~~~~ Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (Tahun Dua) ~~~~~~~~~~~~~~~ Topik : Haiwan

AquaRiuM

Tuesday, 22 November 2011

7) Haiwan Peliharaan

Terdapat berbagai bagai jenis haiwan peliharaan di dunia ini. Haiwan peliharaan bererti haiwan yang dijaga penuh kasih sayang, di belai, diberi makan dan dijaga oleh seseorang.Dalam banyak banyak haiwan peliharaan, haiwan yang popular dan menjadi rebutan ramai sebagai haiwan peliharaan ialah kucing dan anjing. Selain itu, ikan, burung, hamster dan arnab juga mendapat tempat di hati manusia. Berikut merupakan penerangan serba ringkas mengenai empat jenis haiwan peliharaan.


Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. ianya tergolong dalam spesis mamalia iaitu haiwan berdarah panas yang membiak dengan melahirkan anak. Haiwan ini asalnya dipelihara sebagai pemangsa untuk menangkap tikus. Namun kini ia telah didomestikkan dan dijadikan teman dan juga bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan melibatkan kucing telah dianjurkan di serata dunia. Dua spesis kucing yang menjadi kegilaan ramai ialah kucing parsi dan kucing siam.


Seterusnya kita beralih pula kepada spesis ikan. Dua habitat utama ikan ialah dalam air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular sebagai haiwan peliharaan ialah ikan kelisa dan ikan lohan manakal ikan air masin yang terkenal ialah dragon fish dan angle fish. Ikan mendapat tempat di hati manusia sebagai haiwan peliharaan adalah kerana rupa bentuk yang lain dari yang lain, saiznya yang kecil molek dan warnanya yang terang dan menarik.


Arnab juga antara haiwan peliharaan kesukaan manusia. Ia merupakan sejenis haiwan darat dengan bulu lembut, saiz yang kecil dan rupa yang comel. Arnab memiliki mata yang bersinar dan cantik. Haiwan ini boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk, putih, hitam, perang, kelabu dan bertompok. Hidupan yang comel ini turut memiliki telinga yang panjang, kaki yang pendek dan ekor yang kecil dan bulat. Mereka bergerak dengan melompat dan juga sejenis hidupan herbivor. Haiwan peliharaan ini juga antara daging yang boleh dimakan manusia.



 Kini kita beralih pula kepada haiwan yang comel dan lebih kecil daripada tikus. Haiwan yang gebu dan berbulu halus ini dikenali sebagai hemster dan hidup di darat. Mereka adalah herbivor dan sangat jinak. Walaupun kecil, namun haiwan comel ini boleh makan dengan banyak pada satu masa di mana pipi mereka mampu menampung makanan yang banyak. Hamster memiliki pipi yang boleh mengembang untuk memyimpan dan menyorok makanan.

8) Binatang Liar

Haiwan liar adalah haiwan yang berbahaya dan mampu memberi ancaman kepada manusia. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis yang majoritinya daripada kumpulan haiwan karnivor an omnivor. binatang buas, berbahaya dan berbisa seperti ular, beruang, harimau dan ikan pirana termasuk dalam kategori binatang liar. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai beberapa jenis haiwan liar :


Reptilia karnivor ini merupakan hidupan dua alam yang memiliki gigi yang sangat tajam dan kuat serta ekor yang besar, panjang dan kuat untuk melibas mangsa dan membantu dalam berenang. Haiwan liar ini menggigit mangsa dan berputar putar sambil menggigit daging untuk mengoyakkan daging mangsa dan dijadikan santapan untuk mengisi perut. Mereka juga mempunyai kulit yang keras dan kuku yang tajam. Walaupun selalu didapati di sungai namun haiwan ini berhabitat di darat dan bernafas melalui paru paru dan kerana itu mereka sering terapung di permukaan air. Meskipun habitatnya di darat namun ianya sentiasa di kawasan tebing sungai. Penglihatan buaya sangat tajam meski pada waktu malam. buaya juga mampu merangkak dan berenang dengan pantas walaupun beradan besar.


Seterusnya kita beralih pula kepada haiwan berbisa yang panjang dan bersisik licin ini pula. Haiwan ini mempunyai pundi bisa di dalam mulutnya. Mereka diciptakan dengan lidah bercabang dan kemampuan untuk membelit. Ular sawa mampu menelan lembu dewasa hanya dengan membelit mangsa tersebut dengan kuat sehingga patah tulang belulang mangsa sebelum menelan mereka terus ke dalam perut. Walaupun tidak berkaki, hidupan ini mampu bergerak dengan sangat pantas menggunakan kaedah menyusur. Reptilia ini meneruskan kemandirian spesis dengan bertelur banyak pada satu masa. Ular juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz. Ini kerana, ular daun berwarna hijau, ular kapak pula berwarna hitam manakala ular sawa bercorak batik. Ular anakonda mempunyai saiz yang sangat besar dan menggerunkan manakala ular lidi saiznya kecil dan halus.


 Selain buaya dan ular, harimau juga merupakan binatang liar dan buas yang sangat ditakuti manusia. Lebih sinonim dengan panggilan pak belang, harimau turut membaham manusia untuk dijadikan santapan enak. Haiwan liar ini merupakan sejenis karnivor yang memiliki belang hitam pada tubuhnya dengan taring dan kuku yang sangat tajam. Pak belang merupakan haiwan yang sangat mirip dengan kucing. Meskipun bulu dan ekor mereka seiras, namun pak belang ini memiliki saiz yang jauh lebih besar daripada sang kucing. elain itu haiwan ini mengaum dan tidak mengiaw. Kucing besar ini pantas berlari mengejar mangsa dengan penglihatanya yang tajam. Habitat harimau adalah di darat iaitu di dalam hutan dan ia turut menggunakan paru paru untuk sistem pernafasanya.

Raja rimba yang sangat terkenal ini juga merupakan salah satu binatang liar yang memberi ancaman kepada manusia. Ianya merupakan sejenis karnivor yang sangat aktif dan agresif. Si jantan dengan mudah dikenali melalui jambangnya dan spesis ini turut memiliki kuku dan gigi yang sangat tajam selain penglihatan monoskopik yang terang jelas dan tajam. Mamalia ini juga mengaum seperti harimau dan memiliki ekor yang panjang namun saiznya besar sedikit daripada pak belang.

  Akhir sekali kita teruskan pula dengan sang badak. Sejenis haiwan yang sangat gemar berkubang dan hanya makan rumput dan tumbuhan. Namun begitu, ia sangat berbahaya dan turut digeruni sang buaya. Persoalanya, mengapa haiwan herbivor ini dianggap liar? ini kerana, haiwan ini memiliki kulit yang sangat tebal, gigi yang tajam dang kebolehan nganga dengan luas. Spesis ini turut memiliki kaki dan telinga yang pendek berserta ekor yang kementot. Meskipun gemar berkubang namun ia tetap bernafas denga paru paru dan berhabitat di kawasan darat. Tubuh yang sangat besar menyebabkan haiwan ini tidak mampu berlari pantas namun yang sangat digeruni ialah meskipun bukan pemakan daging, namun haiwan ini akan menyerang dan mencederakan mangsa pabila dirinya seperti diancam. Serangan dilakukan dengan gigitan yang sangat kuat yang mampu mengundang maut.

9) Binatang Yang Boleh Dimakan

Bagi meneruskan kehidupan, manusia memerlukan makanan untuk mengisi perut dan member tenaga. Flora dan fauna ciptaan ilahi merupakan sumber makanan utama manusia. Haiwan seperti lembu, kambing, biri biri, kerbau, unta dan kibash boleh digunakan untuk ibadah korban oleh umat islam pada bulan Zulhijjah sebagai memenuhi tuntutan agama. Selain itu, ayam, itik dan burung pula merupakan menu harian kegemaran semua. Selain daging dan isi, tulang dan organ dalaman juga dimakan manusia sama seperti telurnya yang belum menetas. Disamping hidupan darat, hidupan laut seperti udang, sotong dan kerang juga boleh dimakan dan antara lauk pauk yang digemari semua.Hidupan laut merupakan sumber iodin yang sangat penting dan bagus untuk menambah darah manusia. Ikan pula merupakan sumber protin utama manusia dan mudah didapati di laut dan sungai.


Lembu

Kambing


Ayam

Unta

10) Mari Menyanyi Adik Adik..

1) GERAK HAIWAN.....

Katak melompat tepi perigi,
Ikan berenang di dalam kolam,
Si rama rama terbangnya tinggi,
Lipas merayap diwaktu malam.

Kucing berjalan mencari makan,
Burung terbang berkawan kawan,
Ular menyusur di dalam hutan,
Siput mengengsot perlahan lahan.

Pelbagai haiwan ciptaan tuhan,
Usah sakiti, aniaya pun jangan,
Sayangi haiwan kita amalkan,
Hidup bersama, gembira dan aman.

(Melodi : Can Mali Can)


2) LOMPAT SI KATAK LOMPAT

Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi tinggi,
katak berkaki empat,
Bertelur dalam perigi.

Telur dilindung buih,
Menetas jadi berudu,
Berenang di dalam air,
Ke hilir mencari ibu.

Berudu berudu makin membesar,
Tumbuh kaki belakang,
Kaki depan keluar,
Ekor panjang hilang.

Berudu dah cukup sifat,
Jejari mula melekat,
Anak katak menjadi kuat,
Ke darat terus melompat.


3) BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul..
Ikan oh ikan, kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat..

Rumput oh rumpu, kenapa panjang sangat?
Macam mana kau tak panjang, kerbau tak makan aku..
Kerbau oh kerbau , kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit..

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah..
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah..

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku..
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku..

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku..
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku...




4) GAJAH MENARI




5) SANG RIMBA DAN KUCING


11) Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Maju

Bilangan Murid : 30 Orang

Tajuk : Haiwan

Tarikh : 31 Oktober 2011

Masa : 60 minit

Objektif  : Pada akhir pelajaran, murid dapat :  
         (1) Menyatakan ciri ciri binatang secara lisan
         (2) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
         (3) Menulis ayat tunggal berdasarkan teks

Fokus Utama : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan 
                       intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
                       Aras 1 : membaca teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Sampingan : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
                             Aras 2 : Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Kosa kata seperti berlari dan melompat

Ilmu Pengetahuan : Sains dan Pendidikan Islam

Nilai : Menghargai, kerjasama, besyukur, bertanggungjawab dan kasih sayang

Kemahiran Berfikir : mencirikan, meramal, membuat inferens, mengkategori, menjana idea dan menerangkan sebab

Kemahiran Belajar : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat

Kecerdasan Pelbagai : Kontekstual, interpersonal, verbal;linguistik, spatial dan emosi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat binatang dan membina ayat tunggal

Bahan Bantu Belajar  :  Komputer, internet, audio bunyi binatang, teks 'ikan emas iskandar' dan teka teki

12) Rancangan Harian

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan

Bercerita mengenai binatang :
  • apakah bunyi yang kamu dengar?
  • apakah ciri ciri haiwan tersebut?
Set induksi ( 5 min)
  1. murid didengarkan bunyi bunyi binatang
  2. murid bercerita dan melakonkan bunyi binatang yang didengari dan ciri fizikalnya
  3. guru menjelaskan tujuan aktiviti dalam langkah seterusnya dan tajuk pelajaran

KB : menghubungkait, mencirikan

BCB : mendengar aktif

BBB : audio bunyi binatang
Membaca teks dan teka teki yang disediakan
Langkah 1 (15 min)
  1. guru meminta murid mengelik pautan yang telah disediakan
  2. murid diminta membaca kuat teks dan teka teki
  3. guru merumuskan pencapaian setiap murid

KB : mencirikan

BCB : mendengar aktif, memproses maklumat

KP : verbal linguistik, spatial, interpersonal, emosi

Nilai : keberanian, kerjasama, kasih sayang

BBB : Komputer dan internet


Murid mengenali nama, bunyi dan ciri ciri binatang berdasarkan petikan, gambar dan audio

Langkah 2 ( 20 min)
  1. murid diarah membentuk kumpulan
  2. guru meminta murid mengelik pautan yang disediakan
  3. murid diminta meneliti petikan mengikut kumpulan masing masing
  4. murid diminta mendapatkan lima ciri ciri binatang, makanan dan habitat berdasarkan petikan
  5. murid diminta membentangkan hasil perbincangan mereka
  6. guru dan murid merumuskan ciri haiwan tersebut


KB : meramal, membuat inferens

BCB : mendengar aktif, melaporkan maklumat

KP : verbal-linguistik, kinestetik, visual, spatial, naturalistik, interpersonal, emosi

Nilai : kebebasan, kerjasama, kesyukuran, kasih sayang

BBB : komputer dan sambungn internet


Murid mengakses maklumat tambahan mengenai binatang :
  • ciri ciri binatang
  • nama dan bunyi binatang
  • cara hidup binatang
  • makanan binatang
Langkah 3 (15 min)
  1. murid diminta memilih satu daripada empat jenis gambar yang ditunjukan
  2. guru meminta murid mengakses maklumat tambahan mengenai binatang yang telah dipilih
  3. dengan menggunakan enjin carian yahoo dan google
  4. murid diminta membina dan mengenalpasti ayat tunggal yang terdapat di dalam maklumat tersebut
  5. guru mengajar murid menggunakan microsoft power point dan meminta murid membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas menggunakan power point
  6. guru merumus pencapaian setiap kumpulan
KB : menjana idea, menerangkan sebab

BCB : mengumpul dan memproses maklumat

KP : interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik

Nilai : kasih sayang, menghormati, bersyukur

BBB : komputerr dan sambungan internet
Penutup Kognitif
  • membuat rumusan isi pelajaran 
  • Penutup sosial memberi pujian dan motivasi
Penutup ( 5 min)
  1.  Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari 
  2.  Guru memberi dorongan kepada murid supaya benetrusaha membaiki pembacaan dan selalu mencari maklumat tambahan di internet

13) Anak Didik Ku






14) Rakaman Video

Monday, 21 November 2011

15) Lembaran Kerja Dan Alat Bantu Mengajar


IKAN EMAS ISKANDAR

Saya Iskandar.
 Saya dan abang saya memelihara ikan emas.
Kami sayang akan ikan ikan ini.

Mula mula saya dan abang saya membeli sebuah akuarium dan anak ikan emas.
Kami memasukkan pasir dan batu kecil ke dalam akuarium itu.
Kemudian kami memasukkan rumpai air dan air bersih ke dalamnya.

Kami buka plastik yang berisi anak ikan.
Kami lepaskan tiga pasang anak ikan ke dalam akuarium itu perlahan lahan.

Kami biarkan anak anak ikan iti berenang keluar daripada plastik.
Kami memberikan makanan kepada anak anak ikan itu dua kali sehari.

Air di dalam akuarium itu kami tukarkan seminggu sekali.
Kami membuang sebahagian air yang kurang bersih.
Kami melakukan kerja itu menggunakan paip getah, baldi dan kertas surat khabar.

Kemudian kami memasukkan air yang bersih.
Kami menggunakan paip getah untuk mengisi air ke dalam akuarium.
Beginilah caranya saya dan abang saya memelihara ikan ikan emas kami.

Pada waktu lapang, saya dan abang saya suka melihat ikan ikan itu berenang di dalam akuarium.
Kami sekeluarga sangat sayang akan ikan ikan itu.
Cubalah kawan kawan memelihara ikan.